Wednesday, December 22, 2010

Batu layar Beach,Pengerang

Bagi yang merancang percutian di tepi pantai, batu layar adalah salah satu tempat yg boleh dikunjungi.Sewa chalet antara RM60 hingga RM125.Bagi yang hendak menyewa 4 pintu berkembar chalet, ianya ada terdapat di sini.Bagi saya dapat duduk di chalet yang betul2 menghadap pantai adalah satu kelebihan kerana ruang letak tempat kereta yang luas serta kawasan bbq yg sesuai.
Selain itu , kita juga boleh memasang khemah di hadapan chalet kita.




Pantai terdapat dua kawasan, satu yg berbatu dan satu yg landai.Terdapat batu yang betul2 seperti layar kapal disitu.Mungkin di sebabkan itu, nama tempat itu di panggil batu layar.

Makan di sana boleh tahan juga la.Satu nasi lemak + telor = Rm2.50.Lontong + telor = Rm3.50.
Pekan yang paling berhampiran adalah Sg.Rengit.Jauh lebih kurang 20KM.Sape rase2 nk pi  tengok Ostrich (burong unta) leh pi kat telok ramunia. Rasa x de ape2 sgt yg istemewa kat Sg.rengit tu, cuma rasa yg popular adalah udang galahye...tp awas baik tanya dulu harganye sekilo.Ada yg mencecah Rm100/kg.

Oleh itu,rase2 nk makan puas buat la makanan sendiri (BBQ).Selamat Bercuti.



1 comment: